Berita Auto

Mercedes-Benz Lancar A200 Urban Hunting Activity Edition

Berikutan kejayaan A-Class generasi baharu yang diperkenalkan tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia kini melancarkan A-Class Urban Hunting Activity Edition. Model eksklusif ini terhad kepada 30 unit sahaja.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berasaskan varian A200, model Urban Hunting Activity Edition menampilkan ciri-ciri sporty seperti lencana “Activity Edition” pada spoiler belakang, stiker hitam pada sisi badan dan rim aloi 18-inci yang dihiasi kemasan hitam berkilat. Night Package yang merangkumi cermin sisi hitam dan trim beltline hitam turut disertakan.

A-Class Urban Hunting Activity Edition (25)

Bahagian dalaman dipenuhi dengan kemasan kulit Artico pada papan pemuka, panel pintu serta tempat duduk. Jahitan dalam warna berbeza dan komponen krom perak menyerlahkan lagi keunikan Urban Hunting Activity Edition.

A-Class Urban Hunting Activity Edition (21)

Tarikan-tarikan lain termasuklah dial instrumen dengan jarum berwarna merah dan corak chequered flag, serta plak eksklusif Urban Hunting Activity Edition pada konsol tengah. Hatchback ini ditawarkan dalam lima warna: Cirrus White, Jupiter Red, Polar Silver, Elbaite Green and Cavansite Blue.

A-Class Urban Hunting Activity Edition (13)

Memacu A200 adalah enjin turbo 1.6-liter empat silinder dengan 156 hp dan 250 Nm, serta kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan.

A-Class Urban Hunting Activity Edition (7)

A200 Urban Hunting Activity Edition dijual pada harga yang sama dengan varian A200 AMG Line iaitu RM205,888 (OTR tanpa insurans, termasuk GST).

Previous post

Volvo 262C Kini Berusia 40 Tahun

Next post

Ferrari Sambut Ulangtahun ke-70 Dengan 125 S dan LaFerrari Aperta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *