Gaya Hidup / Lifestyle

Mitsubishi Motors Menyokong Pemuliharaan Hidupan Liar di Sarawak

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memberikan sokongan mereka ke arah usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar di Sarawak dengan menyumbang Mitsubishi Triton kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak baru-baru ini. Triton itu akan digunakan untuk menyelamat hidupan liar dan kerja-kerja pemuliharaan yang berkaitan di Pusat Hidupan Liar Matang (MWC).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kenderaan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi kepada Ketua Pegawai Eksekutif  Forestry Sarawak, Wong Ting Chung dalam satu majlis yang diadakan di MWC pagi ini. Usaha ini adalah sebahagian daripada program CSR MMM; menyasarkan untuk menggunakan kekuatan inovatif syarikat itu untuk penambahbaikan yang lebih besar untuk masa depan yang mampan.

Wong pada majlis itu turut mengumumkan kelahiran seekor orang utan jantan di MWC pada pagi Ahad. Yang baru dilahirkan itu dinamakan Triton berikutan pengumuman oleh MMM menajanya selepas majlis penyerahan trak pikap.

 

Previous post

Kilang Mercedes-Benz Vitoria Meraikan V-Class Yang Ke 100,000

Next post

Sime Darby Auto Performance Buka Pusat Porsche Ketiga di Pulau Pinang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *