Mofaz Buka Mercedes-Benz Autohaus di Kelantan dan Terengganu
Mercedes-Benz Malaysia dan pengedar sah, Mofaz Exotic Car telah merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Mofaz KB Autohaus di Kelantan, and Mercedes-Benz Mofaz KT Autohaus di Terengganu.
Mercedes-Benz Mofaz KB Autohaus merupakan kemudahan berkeluasan 5,372 kaki persegi yang memuatkan empat kenderaan di dalam bilik pameran dan tiga ruang servis. Sementara itu, dengan keluasan 4,435 kaki persegi, Mercedes-Benz KT Autohaus pula mampu menempatkan tiga kenderaan di bilik pameran dan tiga ruang servis.
Mofaz Exotic Car adalah satu-satunya pengendali Mercedes-Benz Autohaus di Kelantan dan Terengganu. Setiap satu Autohaus diuruskan oleh kakitangan seramai 14 orang yang terlatih dalam jualan, teknikal dan alat ganti. Secara keseluruhannya, kedua-dua Autohaus ini mampu menyelenggara sehingga 131 buah kenderaan sebulan.
Dengan pelaburan sehingga RM600,000 kedua-dua Autohaus juga mematuhi piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), lengkap dengan identiti korporat (CI) Mercedes-Benz baharu. Mercedes-Benz Autohaus Mofaz Kota Bharu dan Mercedes-Benz Autohaus Mofaz Kuala Terengganu adalah sebahagian daripada tiga pengedar sah di Mercedes-Benz Malaysia untuk pelanggan di Pantai Timur.
Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus terletak Lot 422-425, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, manakala Mercedes- Benz Mofaz Kuala Terengganu Autohaus terletak di No. 179, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Gong Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu.
Untuk info lanjut, layari www.mofaz.mercedes-benz.com.my atau hubungi Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus di talian 09 747 4500 atau Mercedes-Benz Mofaz Kuala Terengganu Autohaus di talian 09 626 1200.
No Comment