Berita Auto

Moran dan Kusiri Juara Siri TCR Asia di Sepang

Walaupun memulakan musim baru dengan dua pemandu rookie, juara bertahan siri TCR Asia, Liqui Moly Team Engstler berjaya mendominasi saingan pembukaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari sesi ujian pra-musim hingga ke latihan rasmi dan seterusnya sesi kelayakan, jelas bahawa Kantadhee Kusiri akan menerajui aksi pembuka tirai di Sepang. Beliau berada pada kedudukan teratas catatan masa selama empat hari dan memulakan perlumbaan di petak pertama.

TCRAsia_Sepang_R2_start_BS_120317_med

Walaupun dengan kemunculan kereta keselamatan (safety car) pada peringkat awal perlumbaan, Kusiri tidak tergugat malah berjaya mencatat masa terpantas seterusnya menamatkan Race 1 di hadapan rakan sepasukannya, Diego Moran yang diasak hebat oleh Tin Sritrai.

TCRAsia_Sepang_R2_120317_Thong_Tong_HO_med

Trio tersebut terus bersaing sesama sendiri sebaik sahaja Race 2 bermula, namun perlanggaran antara Sritrai dan Kusiri menyebabkan kedua-dua pelumba tersebut ketinggalan dua pusingan selepas terpaksa membuat hentian pit. Ini membolehkan Moran merampas tempat pertama untuk kemenangan kedua pasukan Liqui Moly Team Engstler.

TCRAsia_Sepang_R1_120317_Lai_Sritrai_HO_med

Sritrai pada mulanya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, namun penalti 30 saat yang dikenakan selepas perlumbaan bermakna pelumba dari Thailand itu terpaksa berpuas hati dengan tempat kelima di belakang WS Lai dan Abdul Kaathir dari R Engineering dan Jasper Thong dari Audi Hong Kong.

Para peserta siri perlumbaan itu akan berehat selama enam minggu sebelum meneruskan saingan seterusnya di Zhuhai, China.

 

Previous post

Go Auto Perkenal Minyak Pelincir Sintetik Penuh Untuk Haval

Next post

7 Ciri-Ciri E-Class Coupe Yang Anda Perlu Tahu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *