Gaya Hidup / Lifestyle

‘Projek Hero’ – Versi Unik Land Rover Discovery Untuk Palang/Bulan Sabit Merah Austria

Projek Hero adalah kenderaan komunikasi canggih, yang diwujudkan untuk menyokong perkongsian Jaguar Land Rover dengan Persekutuan Antarabangsa Palang/Bulan Sabit Merah (IFRC), rangkaian kemanusiaan terbesar di dunia. SVO bekerjasama dengan Palang/Bulan Sabit Merah Austria untuk membangunkan Land Rover unik yang akan diuji oleh pasukan kecemasan mereka. Adalah diharapkan ia akan membantu Palang/Bulan Sabit Merah menyelamatkan nyawa dengan mempercepatkan masa tindak balas  bencana.

Projek Hero adalah yang pertama dengan drone di bumbung. Sistem pendaratan bersepadu sepenuhnya menampilkan sistem memusatkan diri dan teknologi pengekalan magnet adalah yang pertama dunia yang membolehkan drone untuk mendarat di atas Projek Hero walaupun semasa ia bergerak.

Drone meningkatkan keupayaan Discovery baharu. Dengan drone di udara, rakaman secara langsung boleh siarkan kepada pasukan tindakan kecemasan Palang/Bulan Sabit Merah, membantu mereka bertindak balas dengan lebih cepat dan berkesan ke bencana tanah runtuh, gempa bumi, banjir dan/atau avalanche.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Projek Hero adalah berdasarkan enjin 3.0 liter TD6 Land Rover Discovery versi baharu.

Previous post

Subaru Berikan Diskaun Sehingga RM36k Bulan Ini

Next post

BMW 4-Series Gran Coupe Tiada Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *