Sertai Peraduan ‘Experience the Drive’ Proton
Proton telah melancarkan peraduan “Experience the Drive” bagi tujuan mendorong pelanggan memandu uji kereta Proton. Menerusi sesi pandu uji, pelanggan dapat menikmati pemanduan dan pada masa yang sama mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang memboleh kereta Proton menadapat penarafan keselamatan 4 dan 5 bintang dari ASEAN NCAP
Untuk menyertai seterusnya layak memenangi hadiah mingguan dan bulanan, pelanggan hanya perlu memandu uji kereta Proton di mana-mana bilik pameran Proton atau siri jelajah dan tulis slogan kreatif mengenai pengalaman pandu uji tidak melebihi 20 patah perkataan.
Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan termasuk kad petrol bernilai RM500 setiap satu untuk dua pemenang mingguan dan wang tunai RM3,000 untuk seorang pemenang mingguan. Pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan sesi pandu uji melalui aplikasi mudah alih MyProton.
Minggu pertama peraduan tersebut menyaksikan lebih daripada 200 penyertaan dan dua pemenang yang terpilih ialah Mohamad Darulhisham bin Mohd Rashid dari Kedah dan Saliza binti Ahmad dari Melaka. Kedua-dua mereka menerima kad petrol bernilai RM500 setiap seorang.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800 888 398 atau emel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau laman Facebook dan Instagram rasmi Proton. Aplikasi mudah alih MyProton, boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.
No Comment