Berita Auto

Subaru XV Mendapat Penampilan & Nadi Semua Baharu

Inilah XV semua baharu dan ia kini diatas Platform Global Subaru baharu. Dengan falsafah reka bentuk “Dynamic x Solid”  baharu Subaru, XV baharu lebih luas, stance lebih rendah tetapi ground clearence kekal pada 8.6 inci (220 milimeter) untuk keperluan off-road. Platform baru ini adalah 70% lebih tegar berbanding model terdahulu.

Kabin ini mendapat display sentuh skrin 8-inci baharu , rasa yang lebih premium  dan rekaan stereng baru.

Kuasa datang dari enjin 2.0 liter Boxer yang dirombak dengan lebih daripada 80% daripada bahagian-bahagian baru dan disemak semula yang menjadikan ia lebih ringan, lebih kuat, dan dengan ekonomi bahan api yang lebih baik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kuasa adalah 148 kuasa kuda dengan tork kekal 196Nm.

Masih mendapat pacuan semua roda simetri tetapi dengan pengenalan X-Mode baharu, yang dikatakan meningkatkan prestasi memandu di keadaan jalan yang teruk dengan mengoptimumkan kawalan enjin.

Maklumat lanjut dan gambar akan dikongsi tidak lama lagi.

 

Previous post

[Video] Tesla Autopilot Menghalang Kemalangan 8 Kali

Next post

Trak Pikap Pertama Mercedes-Benz Diumumkan di Geneva

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *