Berita Auto

Tamo Racemo – Supercar Mini dari India

Barisan kenderaan baharu yang muncul di Geneva Motor Show tahun ini datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang besar seperti Q8 sport concept dan ada yang kenit tapi unik seperti kereta konsep Racemo dari Tamo, sebuah sub-jenama milik Tata Motors.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Racemo merupakan kereta coupe dua pintu dengan dua tempat duduk dan ia merupakan hasil kerja studio rekabentuk Tata Motors di Turin, Itali. Apa yang menarik, Racemo juga didatangkan dalam versi “+” yang dibangunkan khas untuk pemanduan di litar.

racemo-1-1920x1080-1 (1)

Jika dibandingkan dengan versi biasa, Racemo+ tampil lebih berbisa dengan splitter hadapan boleh laras, bampar aerodinamik, diffuser, spoiler, manakala kabinnya pula dilengkapi dengan harness, tempat duduk sport dan roda stereng tanpa beg udara. Tiga skrin LCD yang berfungsi sebagai paparan utama dan pemegang pintu fabrik adalah standard bagi kedua-dua versi.

racemo-1-1920x1080-1

Kerangka Racemo diperbuat menggunakan bahan yang dikenali sebagai MoFlex Multi Material Sandwich (MMS) yang ringan dan utuh. Ia dipadankan dengan suspensi wishbone berkembar di hadapan dan belakang.

000-hfin-tata-geneva-racemo-interior-front-desh-1

Kuasa pula dibekalkan melalui enjin turbo 1.2-liter tiga silinder yang dipasang di tengah (mid-mounted) serta kotak gear automasi manual (AMT) enam kelajuan dengan paddle shifters. Hasilnya adalah 187 hp pada 6,500 rpm dan 210 Nm pada 2,500 rpm, dan pecutan 0 – 96 km/j dalam masa enam saat.

000-hfin-tata-geneva-racemo-interior-side-dash-1

Hanya 250 unit akan dihasilkan untuk pasaran dunia, namun mereka yang masih berhasrat untuk merasai pengalaman memandu Racemo boleh berbuat demikian dengan memuat turun kereta sport kenit tersebut melalui permainan video Forza Horizon 3.

racemo-2-1920x1080-1

 

 

Previous post

Supermini Kompak Generasi Ke 3 Suzuki

Next post

Naza Premira Lancar Kempen Vespa "Why Drive? Let's Ride"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *