Berita Auto

Tempahan Volkswagen Tiguan Baharu Dibuka

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah membuka tempahan untuk Tiguan serba baharu yang akan dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Dipasang secara tempatan, SUV itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai bonus tambahan, VPCM juga akan menawarkan diskaun sebanyak RM7,000 untuk pelanggan terawal Tiguan.

Dilancarkan dalam varian Comfortline dan Highline, Tiguan baharu menampilkan enjin 1.4-liter TSI yang menghamburkan 150 PS dan 250 Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear DSG enam kelajuan yang bertanggungjawab menyalurkan kuasa ke gandar hadapan.

Tiguan juga mempunyai tahap penggunaan bahan api serendah 6.7 liter bagi setiap 100 km, membolehkannya diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Seperti model-model premium Volkswagen yang lain, Tiguan hadir dengan ciri-ciri keselesaan dan kemewahan seperti Active Info Display, sistem infotainmen Discover Media dengan skrin sesentuh lapan inci dan sistem penghawa dingin Climatatronic tiga zon.

Ia ditawarkan dalam lima warna iaitu Pure White, Deep Black, Atlantic Blue, Tungsten Silver dan Indium Grey.

Orang ramai yang ingin melihat Tiguan serba baharu dengan lebih dekat dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Jualan Volkswagen yang berlangsung di New Wing pusat membeli-belah 1 Utama mulai 1 Mac 2017. Tempahan boleh dibuat di siri jelajah tersebut atau di mana-mana pusat pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Previous post

Ini Dia Subaru Legacy Baharu

Next post

Volvo XC60 Baharu Boleh Elak Kemalangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *