Toyota C-HR: Harga Dan Bila Tiba ke Malaysia?
Ramai di Malaysia tertanya-tanya bilakah Toyota SUV kompak yang maha bergaya ini akan sampai ke Malaysia dan berapakah harganya nanti?
Ramai masih tertanya-tanya dari hari kita mula siarkan berita tentang C-HR ini hinggalah ke hari ini.
Selepas bermesyuarat baru-baru ini dengan pengurusan UMW Toyota kami boleh berkongsi berita tentang tarikh ketibaan dan kemungkinan harga Toyota C-HR ini.
Harga import sepenuhnya dengan cukai akan berada di sekitar RM170,000.00. Harga yang seperti ini tidak akan membantu jualan jadi UMW Toyota akan memasang C-HR di Malaysia di kilang pemasangan seni baharu mereka yang terletak di Bukit Raja.
Dengan pemasangan tempatan dan status EEV harga C-HR Toyota boleh menurun ke harga yang lebih berpatutan sekitar RM120,000 dan ini akan membolehkan lebih ramai di Malaysia memilikinya.
Tarikh ianya akan muncul di showroom Toyota di Malaysia ialah pada suku pertama 2018 iaitu kira-kira 10 bulan lagi. Simpan duit dari sekarang!
No Comment