Berita Auto

Volkswagen Mulakan Siri Jelajah Vento Turbocharged Tour

Volkswagen Passenger Cars Nakaysia (VPCM) akan memulakan siri jelajah “Vento Turbocharged Tour” yang akan diadakan di 11 lokasi terpilih di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Siri jelajah ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai kehebatan enjin turbo Vento, sambil mempelajari aspek keselamatan serta teknik asas memandu termasuk kedudukan pemandu dan roda stereng yang betul, brek kecemasan, kemahiran memandu berhemah (defensive driving skills) serta slalom. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sesi demonstrasi ‘stunt’.

Dilancarkan pada tahun lepas, Vento menampilkan enjin turbo 1.2-liter TSI yang dipadankan dengan transmisi automatik DSG 7 kelajuan. Ia juga diberi penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP untuk ciri-ciri keselamatannya termasuk Electronic Stability Control (ESC) yang boleh diuji peserta siri jelajah.

Pandu-Uji-Volkswagen-Vento-Highline-

Orang ramai juga boleh menguji pandu model-model Volkswagen yang lain, dan menikmati tawaran istimewa bagi tempahan yang dibuat sepanjang acara tersebut.

Siri jelajah Vento Turbcharged Tour adalah percuma dan uji pandu adalah terbuka kepada orang ramai yang mempunyai lesen memandu. Butiran untuk tiga siri jelajah pertama adalah seperti berikut:

Volkswagen Vento Turbo Tour

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi Vento Turbocharged Tour, layari www.volkswagen.com.my atau hantar mesej ke laman Facebook Volkswagen.

 

Previous post

Porsche 718 Cayman Kini di Malaysia - Harga dari RM530k

Next post

Kategori Baharu, Litar Selatan Jadi Tarikan Pusingan Pembukaan MSBK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *