Benelli Lancar Kapcai Moped Sukan RFS 150i
Benelli’s RFS 150i adalah model ‘moped’; kapcai ‘spek-lumba’ pertama yang mengujakan penunggang dengan: sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. Lebih kuasa kuda dan daya ketahanan daripada enjin satu selinder penyejukan cecair 15.5 kuasa kuda, 3-pencucuh, 6-kelajuan. Dipermudahkan dengan penghidup elektrik terkini. Lebih teknologi perlumbaan dalam bentuk suspensi depan terbalik untuk merasai jentera lumba sebenar. Dan lebih banyak nilai daripada kemampuan yang menakjubkan dari RFS 150i.
Di Benelli, RFS bermaksud ‘Riders For Speed’. Dan Riders for Speed pasti tahu bahawa RFS 150i serba baru adalah moped sukan yang terbaik dalam kategori 150cc yang popular – juga dengan nilai yang terbaik.
Bermula dengan enjin, dimana teknologi moden dan dilengkapi cecair sejuk untuk ketahanan yang melampau, suhu pengoperasian enjin yang rendah dengan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, penampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baru didatangi dengan tiga pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, 6-kelajuan, bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih mengagumkan, 15.5 kuasa kuda yang pada 8500 rpm – lebih daripada persaingannya, dan penunggang dapat mencelah melalui lalu lintas bandar, meluruskan jalan belakang yang berliku, atau memecut laju di litar lumba.
Sistem B3SP Benelli ‘3-Spark’ yang baru ini adalah sebab utama enjin RFS 150i begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga – tiga palam pencucuh, bersama-sama dengan sistem ECU motosikal dan suntikan bahan api, untuk mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan plug untuk memaksimumkan kuasa, menjadikan enjin bersuhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan pelepasan gas emisi ekzos. Routing terbaik disamping pelepasan yang minimum ke belakang adalah sistem ekzos moden dan kemas, yang membolehkan penunggang mengambil selekoh seperti di litar, tampak hebat, dan bunyinya mampu mengusik jiwa.
Casis dan kerangka utama direka untuk tujuan yang sama juga, dengan reka bentuk yang cantik disamping panel kerangka yang sangat aerodinamik dan dilengkapi dengan panel badan berbekalkan kerangka yang kukuh menyokong lengan ayun belakang jenis ‘monoshock’ dan ‘fork’ hadapan raing sama seperti motorsikal lumba yang kita tonton di televisyen. Rim tayar saiz 17 inci jenis separa aloi memberi cengkaman tayar yang baik dan brek cakera jenis – lumba untuk kuasa pemberhentian yang meyakinkan.
Tidak cukup dengan itu, tempat duduk yang berkonsepkan ‘sporty’ membolehkan anda dan pembonceng bersiar-siar bersama dan pemegang bar belakang untuk keselamatan pembonceng. Kluster meter LCD yang berinformasi memberi berbagai maklumat enjin dan juga kelajuan kepada penunggang. Cermin sisi yang jelas dan kedudukan yang tepat membolekan penunggang melihat dengan jelas ke belakang, manakala lampu utama nya yang berkonsepkan LED berteknologi tinggi menyuluh terus ke hadapan menerangi jalan. Sentuhan rekabentuk aerodinamik membantu ‘Riders For Speed’ membelah angin dengan mudah, dan juga melindungi mereka daripada sebarang cuaca. Berat keseluruhan RFS 150i ini hanya 126kg dan ia adalah sebuah jentera pengendalian yang hebat – sebagaimana penunggang mahu dan perlu apabila mereka keluar untuk menunggang.
Semua ini, semestinya dilengkapi dengan rekabentuk lagenda Itali dan kejuruteraan Benelli, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran melebihi 100 tahun. Dan apabila anda menilai faktor harga mampu milik RFS 150i ini, mana-mana peminat motosikal sekalipun tidak akan menyesal berbelanja wang untuk jentera seperti ini.
Enjin di bahagian atas dan teknologi casis terkini. Dipadankan dengan gaya yang sangat cantik, bersih dan kemas. Dilengkapi oleh kejuruteraan legenda dan reka bentuk pada harga yang berpatutan.
Anda tidak mampu menolak dengan model baru Benelli RFS 150i.
Model Benneli RFS 150i akan datang dengan empat pilihan warna iaitu; Kuning, Merah, Biru dan Kelabu Matte (SE), harga jualan pula hanya RM 6,988 untuk spesifikasi standard dan RM 7,338 untuk Edisi Khas (SE).
Spesifikasi RFS 150i
Enjin dan Transmisi | Isipadu(cc) | 149.8 |
Jenis Enjin | 157FMJ-3 | |
Mod Enjin | 1-Silinder / 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC | |
Gerek x Lejang (mm) | ø57×58.7 | |
Kuasa Maksimum | 11.3kW/8500 r/min | |
Tork Maksimum | 13.0N.m/7000 r/min | |
Nisbah Mampatan | 11.3:1 | |
Sistem Bahan Api | EFI | |
Pencucuh | TLI | |
Penghidup | Elektrik | |
Sistem Pelincir | Tekanan Pelincir Pancutan | |
Sistem Penyejuk | Water-cooled | |
Kotak Gear | 6 – Kelajuan | |
Transmisi Pacuan Akhir | Rantai | |
Jenis Klac | Basah, Plat Berganda | |
Ukuran Fizikal | Berat (kg) | 126 |
Tinggi Pelana(mm) | 787 | |
Panjang Keseluruhan (mm) | 2021 | |
Lebar Keseluruhan (mm) | 764 | |
Tinggi Keseluruhan (mm) | 1267 | |
Kelegaan Bumi (mm) | 160 | |
Tapak Roda (mm) | 1325 | |
Casis dan Dimensi | Jenis Kerangka | Straddle type |
Suspensi Hadapan | Fork Teleskopik | |
Jarak Suspensi Hadapan (mm) | 88 | |
Suspensi Belakang | Teleskopik gegelung spring teredam minyak | |
Jarak Suspensi Belakang (mm) | 17 | |
Tayar Hadapan | 70/90-17 | |
Tayar Belakang | 120/70-17 | |
Brek Hadapan | Cakera | |
Diameter Brek Hadapan (mm) | 240 | |
Brek Belakang | Cakera | |
Diameter Brek Belakang (mm) | 220 | |
Spesifikasi Lain | ||
Berat Keseluruhan (kg) | 171 | |
Isi Tangki Bahan Api (L) | 4.8 | |
Batteri | 12V6Ah(YTX7L-BS) |
No Comment