BMW Group Malaysia Lancarkan Barisan R nineT Terbaru
Selepas pengenalan model R nineT Scrambler pada Oktober tahun lalu, BMW Group Malaysia meneruskan usahanya bagi mengembangkan barisan model ‘Heritage’ jenama itu dengan pelancaran R nineT, R nineT Pure dan R nineT Racer.
Dengan pengalaman selama lebih 90 tahun, produk terbaru BMW Motorrad ini menjadi lambang kegemilangan masa lalu syarikat dengan menggabungkan keseronakan menunggang dengan reka bentuk klasik dan minimalis tanpa mengorbankan aspek teknikal.
Dari segi penambahbaikan, R nineT baharu didatangkan dengan indikator kelajuan berkembar dan alat pengesan pecutan pada komputernya. BMW Motorrad juga telah melanjutkan program Aksesori Tulen BMW Motorrad yang merangkumi alat ganti custom “Machined” untuk model terbaru ini. Ia dihasilkan dengan kerjasama Roland Sands, customizer terkenal dari California.
R nineT Pure baharu ialah sebuah roadster asas dengan tangki minyak dan madgad dalam warna Catalano Grey. Kualiti pertukangan turut diserlahkan melalui perumah lampu utama besi berbentuk bulat dan emblem BMW yang diletakkan di tengah-tengah penutup mentol.
Panel instrumen varian ini terdiri daripada satu speedometer bulat dengan paparan analog dan lampu isyarat bersepadu, serta satu paparan LCD yangmemaparkan maklumat seperti masa dan jarak perjalanan.
Diinspirasikan oleh motosikal Concept Ninety yang didedahkan pada tahun 2013, R nineT Racer menampilkan fairing separuh di bahagian hadapan. Ia didatangkan dalam warna Lightwhite, yang ditampilkan pada fairing, tangki minyak, madgad hadapan dan penutup tempat duduk.
Sistem ekzos besi tahan karat yang terletak pada bahagian kiri motosikal juga merupakan satu penghormatan kepada motosikal-motosikal cafe racer dan roadster yang popular pada era 60an dan 70an. Kedua-dua R nineT Pure dan Racer dilengkapi dengan rim aloi ringan.
Bagi mereka yang mahukan sentuhan peribadi, motosikal klasik ini boleh dimiliki dengan tempat duduk pembonceng, serta pelbagai komponen karbon seperti madgad, penutup rantai dan sebagainya.
R nineT mengekalkan enjin boxer bersesaran 1,170 cc yang menghasilkan 110 hp dan 116 Nm tork maksimum, dan transmisi enam kelajuan. Kedua-duanya direka bagi mematahui piawaian EU4 yang melibatkan pemasangan alat-alat seperti pemetaan enjin baru, sistem bahan api dengan kanister karbon untuk pengudaraan tangki minyak serta sistem ekzos dengan pengubah bermangkin lebih besar.
Harga runcit (termasuk GST, tanpa kos atas jalan) bagi model-model terbaru ini bermula dari RM82,900 untuk R nineT Pure, RM88,900 untuk R nineT Racer dan RM101,900 untuk R nineT. Ia turut ditawarkan dengan program pembiayaan khas BMW Credit Malaysia dengan bayaran bulanan bermila RM1,490 untuk R nineT, RM1,190 untuk R nineT Pure dan RM1,290 untuk R nineT Racer. Barisan model R nineT akan dipamerkan di acara BMW Motorrad Nightfuel pada Sabtu, 15 April ini dari 7 petang hingga 10 mallam di tempat letak kereta terbuka berhadapan Pulp Coffee, Jalan Riong, Bangsar.
No Comment