Boon Siew Honda Akan Eksport RS150R
Boon Siew Honda telah menandatangani satu perjanjian dengan Honda Motor Co. Ltd. untuk mengeksport model RS150R yang dipasang di Batu Kawan, Pulau Pinang. Majlis tandatangan itu turut dihadiri oleh wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif Malaysia (MAI).
Dengan lebih 60 tahun pengalaman dalam pasaran tempatan, Boon Siew Honda mensasarkan untuk mengeksport 700 unit RS150R dalam tahun fiskal pertama. Model supercub itu dilancarkan pada Jun 2016 dan telah berada di pasaran Malaysia semenjak Ogos 2016.
“Ini ialah peluang besar untuk BSH kerana kami telah mempelajari perniagaan eksport untuk beberapa tahun dan kami akhirnya sedia. Kami yakin dengan Honda RS150R memandangkan ia salah satu model paling laris bagi BSH. Kami berjaya mencapai 17,000 unit pengeluaran dalam hanya lapan bulan sejak ia mula dikeluarkan pada Ogos 2016” kata Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.
Honda kini memegang 26% pasaran daripada jumlah bahagian pasaran di Malaysia setakat Mac 2017 dan mensasarkan peningkatan sebanyak 5% pada akhit tahun fiskal 2017/2018 tahun fiskal. Boon Siew Honda baru-baru ini meraikan pencapaian 132% jualan dalam tahun fiskal yang lalu.
No Comment