Harga Toyota Avanza, Sienta dan Rush Kekal
Sehubungan dengan keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menurunkan semula tarif duti eksais kepada 60 peratus, UMW Toyota Motor, dalam satu kenyataan rasmi, mengesahkan bahawa harga jualan Avanza, Sienta dan Rush telah ditukar kepada asal.
Terdahulu, syarikat itu telah menyemak semula harga ketiga-tiga model tersebut selaras dengan keputusan Jabatan Kastam untuk menaikkan tarif duti eksais bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) bawah 1,500 cc kepada 65 peratus.
Menurut UMW Toyota Motor lagi, ia juga akan menggunakan harga jualan asal bagi pelanggan yang membuat pembelian bagi tempoh 10 hingga 12 April lalu. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi 1800-8- TOYOTA (869682).
No Comment