Jadi Apakah Sebab-Sebab Kenapa Kereta Dibiarkan Reput?
Kita sudah nampak sendiri betapa banyaknya kereta yang masih elok dibiarkan reput dan ini adalah menyedihkan. Walaupun sudah berhadapan dengan beberapa pemilik, mereka enggan menjual dan lebih suka untuk berpegang kepada harta benda berkarat mereka ini.
Kemungkinan sebab kenapa kereta-kereta ini terbiar:
- Kereta itu dicuri dan ditinggalkan oleh pencuri selepas melakukan jenayah dengannya … kebiasaannya agak baru dan masih elok.
- Pemandu menyewa kereta dan kemudian tidak mahu bayar dan hanya meninggalkan kereta dan pemilik kereta tidak dapat mengesan atau mencari kereta.
- Pemilik sudah meninggal dunia dan kereta tersebut tidak boleh tukar milik atau dijual …… biasanya kereta klasik atau lama dalam keadaan yang sangat boleh dijual.
- Kereta dihantar ke bengkel tetapi pemilik tidak mampu membayar bil pembaikan dan telah mengambil keputusan untuk hanya meninggalkan kereta reput di bengkel.
- Pemilik kereta merancang untuk memulihkan / membaiki kereta … tetapi tidak dapat mencari wang dan enggan menjual kereta itu.
- Pemilik jual beli kereta tapi enggang buka kedai. Yang terbengkalai adalah yang tidak terjual.
No Comment