Kawasaki Versys-X 250 Berharga RM23,789
Kawasaki Motors Malaysia telah mengesahkan bahawa Kawasaki Versys-X 250 bakal tiba di pasaran dengan harga RM23,789 termasuk GST. Motosikal itu hanya ditawarkan dalam warna hijau dan boleh didapati di pengedar sah jenama itu di seluruh negara bermula 5 Mei ini.
Menggabungkan ciri “adventure” dengan jentera berkapasiti kecil, Versys-X 250 merupakan model entry-level dalam keluarga Versys. Antara ciri-ciri unik model ini adalah suspensi yang tinggi, bar hendal lebar serta kedudukan tempat duduk yang rendah bagi memudahkan pengendalian di atas semua jenis permukaan jalan raya.
Selain itu, Versys-X 250 juga dilengkapi dengan roda bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang), serta tayar tiub pelbagai guna dengan corak bunga, membolehkan ianya ditunggang di atas permukaan jalan tidak berturap.
Motosikal ini menampilkan enjin 249 cc dua silinder dengan jumlah kuasa 34 PS pada 11,500 rpm dan 21.7 Nm tork pada 10,000 rpm. Unit itu digabungkan dengan kotak gear enam kelajuan dengan klac “slipper”.
No Comment