Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta Kembali ke Ibu Pejabat Selepas Setahun Menjelajah
Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan bahawa Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta, model peringatan meraikan pengeluaran 1 juta unit ikonik, dua tempat duduk, kereta sukan Mazda, telah pulang selepas lawatan selama setahun yang menyaksikan model ini dipamerkan di acara bersua dengan peminat di seluruh dunia. Kereta itu tiba di ibu pejabat Hiroshima syarikat itu pada 7 April.
Mazda menganjurkan pengembaraan Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta ini untuk meraikan dengan peminat pencapaian 1 juta unit dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong model ini, selama ini.
Sepanjang penjelajahan ini ianya dipamerkan di 35 acara di Jepun, UK, Sepanyol, Jerman, Belgium, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, dan lebih daripada 10,000 peminat MX-5 menandatangani nama mereka pada bodyworknya.
MX-5 Yang Ke 1 Juta akan mengambil bahagian dalam perarakan di Flower Festival Hiroshima pada 3 Mei dan akan dipamerkan di lobi ibu pejabat Hiroshima Mazda dari Mei 8-12.
No Comment