Berita Auto

Naza Kia Malaysia Lancar Sorento HS dan Sportage GT Turbodiesel

Naza Kia Malaysia hari ini memperkembangkan barisan dieselnya dengan pelancaran dua model baharu iaitu Sorento HS dan Sportage GT turbodiesel. Kedua-dua model kini boleh didapati di kesemua pengedar sah Kia di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sorento HS

Mengutamakan rekaan premium, varian baharu ini didatangkan dengan lampu projektor HID dengan sistem lampu adaptif sebagai standard, bersama-sama dengan corak mesh 3D pada jeriji hadapan dan rim aloi bersaiz 19 inci dalam kemasan krom.

UM_GE_LHD-Rough-road-main

Sementara itu, kabinnya pula dilengkapi dengan upholsteri kulit dan beberapa teknologi on-board terkini seperti skrin interaktif TFT LCD 7 inci, Smart Power Tailgate, tempat duduk pemandu dengan pengubahsuaian 10 cara, Smart Parking Assist System, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), brek parkir elektronik dan sistem pemilihan mod pemanduan.

UM_GE_RHD-2.2 CRDi diesel engine

Seperti varian Sorento yang lain, varian HS dikuasakan oleh enjin 2.2-liter CRDi (Common Rail Direct Injection) yang menghasilkan 200 PS dan 440 Nm tork. Unit itu digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

UM_EU_Navigation_ (1)

Ciri-ciri keselamatan merangkumi enam beg udara, Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC), ABS, Hill-Start Assist Control (HAC) dan struktur Advanced High Strength Steel (AHSS).

taillight

Sorento HS dijual pada harga RM191,888 dan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Ia boleh didapati dalam warna Imperial Bronze, Snow White Pearl, Aurora Black Pearl dan Silky Silver.

Sportage GT Turbodiesel

Seperti varian petrolnya, spesifikasi GT Line memberikan Sportage imej yang lebih lasak dan berani. Crossover itu didatangkan standard dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, jeriji rekaan Peter Schreyer yang tidak asing lagi serta rim aloi krom bersaiz 19 inci.

cover3 (2)

Kabinnya pula menampilkan pelbagai jenis teknologi termasuk sistem bunyi dengan enam unit pembesar suara, kluster Supervision dengan skrin TFT LCD 4.2 inci serta tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang hadapan.

YP-17MY-GE-RHD-R-2.2-diesel-engine

Tumpuan utama di sini adalah enjin turbodiesel 2.0-liter CRDi yang menghamburkan 185 PS dan 400 Nm tork. Kuasa yang dihasilkan disalurkan ke roda melalui transmisi automatik enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda Dynamax AWD. Menurut Kia, sistem tersebut menawarkan aspek keselamatan yang lebih tinggi dengan mengagihkan kuasa pacuan di antara keempat-empat roda.

QL_FMC_2015_Sportage_QL_Paddle shift_F copy

Bagi keselamatan pula, Sportage GT dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSC), Hill-Start Assist Control (HAC), dan struktur badan Advanced High Strength Steel (AHSS).

headlight

Ditawarkan dalam warna Cherry Black, Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver, Sportage GT CRDi dijual pada harga bermula RM159,888. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Jaguar Mengusik Kita Dengan Bayangan XF Sportbrake di Padang Wimbledon

Next post

VW Corrado-Kombi. Kenapa Ianya Dibina Langsung?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *