Panamera Sport Turismo. Adakah Ia Wagon Altimet?
Dengan tailgate yang besar, pintu muatan rendah, ruang bagasi lebih besar dan tempat duduk untuk lima, Panamera Sport Turismo serba baharu adalah salah satu model yang paling serba boleh dalam kelasnya.
Empat versi yang berbeza boleh didapati untuk pesanan awal selepas pelancarannya .: Panamera 4, Panamera 4S, Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera Turbo.
Panamera 4 Sport Turismo dikuasai enjin 3.0 liter turbocharged V6 menjana 330 hp, dan akan memecut dari 0 hingga 60 mph dalam 5.0 saat dengan kawalan pelancaran. Panamera 4S Sport Turismo mencapai 60 mph (dengan kawalan pelancaran) dalam 4.0 saat dan dikuasai enjin 2.9 liter twin-turbocharged V6 dengan 440 hp.
Panamera 4 E-Hybrid Sport Turismo dikuasai enjin pembakaran sama seperti dalam 4S, dan mempunyai motor elektrik tambahan dengan 136-hp, kombinasi melonjakkannya dari 0-60 dalam 4.4 saat.
The Panamera Turbo Sport Turismo mencapai 60 mph (dengan kawalan launch) dalam 3.4 saat dan dikuasai enjin 4.0 liter twin-turbocharged V8 menjana 550 hp.
No Comment