Berita Auto

Perodua Bezza Diperkemaskan Bagi 2017

Baru sahaja dinamakan sebagai “Kereta Tahunan Malaysia 2017” oleh Frost & Sullivan, Perodua Bezza kini didatangkan dengan beberapa penambahbaikan kosmetik bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bezza varian Premium X dan Advance Version kini didatangkan dengan kemasan krom platinum pada bahagian papan pemuka. Bukan itu sahaja, varian Advance Version juga menerima tempat duduk kulit dengan rekaan segar sebagai sambutan pengiktirafan yang diterima oleh ahli keluarga terbaru Perodua itu.

dashboard

“Ciri-ciri yang dipertingkatkan ini ditawarkan tanpa kenaikan harga dan boleh didapati di bilik pameran kami di seluruh negara. Kami mengalukan-alukan orang ramai ke pusat jualan kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut,” kata pengarah urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin.

Front Seat

Dilancarkan pada 21 Julai 2016, Bezza menjadi sedan terlaris dalam suku pertama tahun ini dengan 15,900 unit terjual. Secara keseluruhan, Perodua telah menjual sebanyak 50,900 unit sedan tersebut sejak ia dilancarkan.

bezza_back_left_ (2)

Bezza ditawarkan dalam lima varian: 1.0L manual dan automatik, 1.3L Premium X manual dan automatik. serta 1.3L Advance Version automatik.

 

Previous post

Harga Toyota Avanza, Sienta dan Rush Kekal

Next post

Motonation 2017 Bakal Gegar Putrajaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *