Perodua Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Samarahan
Perodua, melalui rakan niaga baharu iaitu MD Worlds Sdn Bhd, telah membuka outlet jualannya yang ke-199 (termasuk sub outlet jualan) bagi terus memperkukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia Timur.
Outlet terbaru itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan dihadiri oleh Pengarah Urusan dan pemilik MD Motors, Freddy Numan Lawan.
“Malaysia Timur merupakan pasaran yang penting bagi kami kerana terdapat banyak potensi yang belum diterokai di sini terutamanya dengan semua projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan persekutuan dan negeri,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales, Dato’ Dr. Zahari Husin.
Dato’ Dr. Zahari berkata bahawa MD Worlds dipilih berdasarkan pengalamannya dalam industri automotif dan pengetahuan pasaran di negeri Sarawak. Bagi suku pertama 2017, Perodua menjual 50,300 unit kenderaan, di mana hanya 5% datang daripada Malaysia Timur.
“Kami berharap untuk mengembangkan lagi bilik pameran jualan ini menjadi pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) menjelang akhir tahun depan,” kata Freddy.
“Perjalanan adalah mencabar namun kami berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Perodua dan komited untuk mengembangkan syarikat ini,” tambah beliau lagi.
No Comment