Berita Auto

Perodua Kekalkan 35.9% Bahagian Pasaran Pada Suku Pertama 2017

Perodua mendaftarkan hampir 50,300 kenderaan pada suku pertama 2017, peningkatan sebanyak 6.5 peratus dari 47,200 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Syarikat itu mencatat 35.9 peratus bahagian pasaran daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) dengan 140,000 kenderaan terjual setakat ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada suku pertama tahun lalu, Perodua menguasai 35.9 peratus bahagian pasaran dengan 47,200 kenderaan terjual dengan jumlah keseluruhan industri sebanyak 131,300 unit.

Berdasarkan bulan ke bulan, syarikat itu menjual 19,500 unit kenderaan sepanjang Mac 2017 berbanding 17,300 unit dalam bulan yang sama tahun lalu, satu peningkatan sebanyak 13 peratus.

“Peningkatan dalam jualan disebabkan oleh pengenalan Axia facelift dan juga promosi agresif bagi model-model Perodua yang lain,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Menurutnya lagi, maklumat yang dikongsi ini adalah berdasarkan penyelidikan dalaman dan tertakluk kepada angka rasmi dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Perodua Bezza

Bagi perniagaan selepas jualannya, Perodua mencapai ‘intake’ sebanyak 518,201 unit pada suku pertama tahun ini. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1 peratus dari 515,343 ‘intake’ pada tempoh yang sama tahun lalu. Perolehan alat ganti (termasuk aksesori) meningkat 5 peratus dalam suku pertama 2017 dari RM65 juta pada suku pertama 2016. Bahagian ‘body and paint’ pula menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebanyak 17 peratus.

Selain itu, Perodua juga telah menghasilkan 49,218 kenderaan pada suku pertama tahun ini berbanding 48,300 pada suku yang sama tahun lalu. Peningkatan ini adalah hasil daripada permintaan tinggi bagi model Axia facelift dan Bezza.

Bagi eksport, Perodua mengeksport 941 unit kenderaan ke enam negara pada suku pertama tahun ini, penuruan sebanyak 41 peratus dari 1,600 kenderaan pada tahun lalu. Walaupun mengalamai kekurangan dalam jumlah eksport, Aminar yakin bahawa Perodua akan berjaya mencapai sasaran eksport sebanyak 5,000 unit.

Previous post

SYM Malaysia Buka SYM Smart Shop Baharu di Kluang

Next post

Anda Menang Baucer RM200,000 Untuk Sedan. Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *