Berita Auto

Subaru Ascent Sah Menggantikan Tribeca

Masih ingat pada model konsep Subaru VIZIV-7 yang diperkenalkan di Los Angeles pada tahun lepas? SUV dengan tiga baris tempat duduk itu kini dikenali sebagai Ascent dan telah disahkan akan memasuki pasaran Amerika Syarikat bermula 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Subaru, Ascent direka berdasarkan tema ‘Dynamic x Solid’ yang mengetengahkan imej lasak dan gagah menerusi rekaan jeriji mantap dan lampu hadapan yang tajam. Di belakang pula, Ascent menampilkan lampu berbentuk C dan dua tip ekzos pada bahagian bampar. SUV ini mengenakan rim 21 inci.

Ascent_INT_inpane_small

Bahagian kabin pula tampil dengan rekaan papan pemuka yang seakan ‘mengalir’ terus ke bahagian konsol tengah. Ascent mempunyai konfigurasi tujuh tempat duduk dengan kerusi kapten pada barisan tengah.

Ascent_INT_side_small

Dibina berdasarkan platform global Subaru yang telah diubah suai, Ascent mempunyai ukuran 5,050 mm panjang, 1,989 mm lebar dan 1,839 mm tinggi, dengan jarak roda berukuran 2,972 mm. SUV itu akan dibina dan dipasang di kilang Subaru di Lafayette, Indiana untuk pasaran eksklusif Amerika Syarikat.

 

Ascent_EXT_Side_small

Ascent_INT_2ndSeat_small

Ascent_Fender_small

Ascent_EXT_RQ_small

Ascent_INT_3rdSeat_small

Previous post

Perodua Bezza Dinobat Frost & Sullivan Malaysia Car of the Year 2017

Next post

Zen Low Rakyat Malaysia Pertama Mengemudi Jentera 488 Challenge Dalam Ferrari Challenge Asia-Pacific 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *