Subaru XV 2.0i-S STI – RM122,688
Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaaan Subaru di negara ini, telah memperkenalkan satu lagi varian XV yang dikenali sebagai XV 2.0i-S STI.
Seperti namanya, varian ini tampil dengan pelbagai aksesori STI (Subaru Technica International) yang bukan sahaja memberikan crossover tersebut imej yang lebih sporty, malah pemanduan yang lebih meyakinkan.
Pada bahagian luaran, varian terbaru ini didatangkan standard dengan spoiler bumbung belakang STI, spoiler bawah STI, serta spoiler sisi STI. Tambahan pula, pelanggan juga boleh menambah komponen-komponen seperti ‘tower bar’ fleksibel STI, spoiler bawah di bahagian hadapan STI dan rim STI bersaiz 17 inci.
Tiada perubahan di bawah bonet, di mana enjin ‘boxer’ 2.0-liter empat silinder dengan 150 PS dan 196 Nm tork dikekalkan. Unit tersebut dipadankan dengan kotak gear CVT Lineartronic yang bertanggungjawab menyalurkan kuasa ke roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive.
XV 2.0i-S STI ditawarkan pada harga RM122,688 (sebelum GST, tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan) sementara stok masih ada. Varian ini boleh ditempah didapati di kesemua bilik pameran Subaru di seluruh negara.
No Comment