Gaya Hidup / Lifestyle

Taman Tema Ferrari Land Dibuka di Sepanyol

Ferrari secara rasminya telah membuka taman tema Ferrari Land yang bertempat di Tarragona, Sepanyol. Ia merupakan taman tema Ferrari pertama yang dibuka di Eropah dan kedua di dunia selepas Ferrari World Abu Dhabi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ferrari Land di atas kawasan berkeluasan 70,000 meter persegi di dalam kawasan PortAventura World Resort, kira-kira satu jam perjalanan dari Barcelona. Bukan sahaja untuk peminat, taman tema ini juga sesuai untuk seisi keluarga berseronok sambil meneroka sejarah jenama supercar itu.

11 Ferrari Land

Terdapat 11 tarikan yang disediakan di Ferrari Land dan salah satu daripadanya adalah Red Force yang mampu memecut sehingga 180 km/j dalam masa lima saat pada ketinggian 112 meter. Permainan paling inovatif adalah Racing Legends dan Flying Dreams, di mana pengunjung dibawa terbang menerusi sejarah F1 dan GT.

21 Ferrari Land

Pengunjung juga boleh mempelajari sejarah Ferrari secara interaktif di Ferrari Gallery. Maranello Gran Race pula menjanjikan pengalaman hebat memandu jentera GT dan membuat hentian pit. Akhir sekali, mereka yang mahukan lebih cabaran boleh mencuba Thrill Towers untuk merasai pengalaman terjunan bebas.

Previous post

Ada Setengah Jam? Tonton Video Ini Ketika Makan Tengah Hari Nanti.

Next post

BMW Group Malaysia Lancarkan Barisan R nineT Terbaru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *