UMWT Mulakan Siri Jelajah Toyota Go 2017
UMW Toyota (UMWT) memulakan suku kedua 2017 dengan siri jelajah bertemakan karnival yang bertujuan mengetengahkan produk serta tawaran terbaru mereka. Dikenali sebagai ‘Toyota Go 2017’, acara tersebut akan diadakan sepanjang bulan April dan Mei di 13 lokasi seperti yang tertera di bawah:
Bulan | Tarikh | Masa | Kawasan | Lokasi | |
1 | April | 8-9 | 10am – 10pm | Utara | AEON Mall Kinta City, Ipoh |
2 | 15-16 | 12pm – 12am | Utara | Juru Auto City, SeberangPerai | |
3 | 15-16 | 10am – 10pm | Sabah | Giant Hypermarket Outdoor Carpark, Sandakan | |
4 | 22-23 | 10am – 10pm | Tengah | AEON BiG, Bandar TunHussienOnn, Cheras | |
5 | 22-23 | 9am – 9pm | Sabah | Stadium Likas, Kota Kinabalu | |
6 | 29-30 | 10am – 10pm | Selatan | Mydin Wholesale Hypermarket, Ayer Keroh, Melaka | |
7 | Mei | 6-7 | 10am – 10pm | Tengah | AEON Mall, Shah Alam |
8 | 6-7 | 10am – 10pm | Selatan | Angsana Mall, Johor Bahru | |
9 | 6-7 | 9am – 9pm | Sarawak | Boulevard Mall Outdoor Carpark, Miri | |
10 | 12-13 | 10am – 10pm | Pantai Timur | AEON Mall, Kota Bharu | |
11 | 13-14 | 9am – 9pm | Sarawak | Sibu Gateway, Sibu | |
12 | 20-21 | 10am – 10pm | Pantai Timur | Stadium DarulMakmur, Kuantan | |
13 | 20-21 | 9am – 9pm | Sarawak | Travillion, Kuching |
Di siri jelajah tersebut, para pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat serta memandu uji produk-produk terbaru Toyota. Tidak dilupakan juga tawaran eksklusif yang disediakan bagi pengunjung yang membuat tempahan.
Selain itu, pengunjung juga boleh melihat jentera lumba Toyota Vios yang akan digunakan pada kejohanan Vios Challenge di festival Toyota Gazoo Racing yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Orang ramai turut akan diperkenalkan kepada “Care That Amazes”, sebuah program khas bagi pemilik Toyota yang menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, batuan tepi jalan 24SEVEN serta pelbagai perkhidmatan lain.
Untuk kemudahan pelanggan, UMWT juga menyediakan pakej-pakej Careplus, pemeriksaan kenderaan percuma dan perkhidmatan trade-in oleh TopMark. Bagi mereka yang memerlukan pembiayaan, panel UMWT menawarkan pakej pinjaman sewa beli dengan kadar yang menarik.
Pemilik Toyota yang hadir turut boleh menyemak jika kenderaan mereka terlibat dengan kempen panggilan balik (recall) yang dimulakan baru-baru ini. Manakala pemilik yang terjejas boleh menukar beg udara di ruang yanng disediakan khas.
Selain daripada pertunjukkan kenderaan serta tawaran perkhidmatan, acara Toyota Go 2017 juga menjanjikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan selebriti dan panggung wayang terbuka.
No Comment