Volkswagen Tiguan Finalis Anugerah World Car of the Year
Tiguan meneruskan kejayaannya dengan generasi terkininya yang telah berada di pasaran sejak tahun lepas. Ini terbukti pabila Tiguan menjadi salah satu daripada tiga peserta akhir untuk Anugerah “World Car of the Year” tahun ini. Model ini berjaya bukan hanya kerana berjaya memenangi hati akhbar perdagangan antarabangsa tetapi juga hati pelanggan. Lebih daripada 300,000 pesanan model Tiguan sudah diterima sejak 2016.
Tiguan adalah salah satu model utama dalam jenama Volkswagen menandingi pasaran SUV dengan jayanya. Di Malaysia, operasi CKD (Complete Knock Down) dijalankan di Pekan.
No Comment