Berita Auto

419 Unit Honda Civic Type R Dipanggil Semula Ekoran Masalah Beg Udara

Sebagai langkah proaktif dalam memastikan keselamatan pelanggan, Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggilan semula terhadap 419 unit Civic Type R berhubung inflator beg udara bermasalah keluaran Takata.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Panggilan semula ini melibatkan inflator beg udara bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi Civic Type R model tahun 2007-2008 serta 2010.

Pengeluar kenderaan itu menegaskan bahawa semua model sedia ada tidak terlibat dengan panggilan semula kali ini. Ia juga memberi jaminan bahawa keselamatan adalah keutamaan syarikat dan kesal atas sebarang kesulitan yang timbul.

Menurut Honda lagi, inflator beg udara yang bermasalah harus ditukar segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat.

Previous post

Miliki Volkswagen Baharu Dari Serendah RM25 Sehari

Next post

Toyota Land Cruiser Tuntut Gelaran "SUV Terpantas Dunia" Dengan 230 bsj

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *