BMW Credit Malaysia Perkenalkan Explore. Love More.
BMW Credit Malaysia akan memperkenalkan satu inisiatif
untuk mengumpul dana bagi tujuan Tanggungjawab Korporat Sosial selama setahun
yang dikenali sebagai Explore. Love More. Melibatkan para pengendar sah BMW dan
MINI, inisiatif itu bermatlamat untuk membantu badan-badan kebajikan yang memerlukan
bantuan kewangan dalam kadar segera.
Kolaborasi pertama dimulakan dengan Quill Automobiles menerusi acara jualan yang
berlangsung pada 20 – 21 Mei 2017. Dianjurkan mulai jam 10.00am – 6.00pm pada
hujung minggu ini, para pengunjung pusat-pusat pengedaran Quill Automobiles boleh
membeli pelbagai jenis makanan dan minuman daripada beberapa vendor terpilih
dengan menggunakan kupon yang boleh dibeli daripada BMW Credit Malaysia.
Sepanjang acara Explore. Love More. yang berlangsung di Quill Automobiles selama dua
hari itu, BMW Credit Malaysia mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM5,000 bagi
kegunaan rumah-rumah kebajikan yang memerlukan dana.
Ketua Pegawai Eksekutif BMW Credit Malaysia, Tobias Eismann menyatakan bahawa
pihaknya berbesar hati kerana berpeluang untuk menyumbang kembali kepada
masyarakat, seterusnya membangkitkan perasaan kasih sayang menerusi acara
mengumpul dana yang pastinya dapat membantu golongan yang memerlukan.
Sebagai satu komitmen tanggungjawab korporat sosial BMW Credit Malaysia, Explore.
Love More. akan menjalankan kolaborasi sama sepanjang tahun ini dengan para
pengedar BMW dan MINI dalam beberapa acara jualan terpilih.
Sertai acara mengumpul dana Explore. Love More. yang pertama seperti maklumat
berikut:
Tarikh: Sabtu – Ahad, 20 – 21 Mei 2017
Masa: 10:00AM – 6:00PM
Lokasi: Quill Automobiles,
112, Quill 9, Jalan Semangat,
Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Maklumat lanjut mengenai Explore. Love More., sila layari laman web
No Comment