Gaya Hidup / Lifestyle

Kereta Ikrar Peugeot 208 Akan Berkhidmat Sebagai Inspirasi Mudah Alih Untuk Atlet Negara Sekitar Lokasi Fit Malaysia

Program Fit Malaysia, yang akan membuat lawatan ke seluruh negara bersempena Kejohanan KL 2017 akan ditingkatkan prestijnya dengan penambahan Peugeot 208 sebagai kereta ikrar yang baru dilancarkan, yang akan bertindak sebagai papan buletin mudah alih mesej-mesej inspirasi untuk atlet Malaysia yang akan bertanding di kejohanan ini nanti.

8

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ianya dirasmikan dengan mesej inspirasi rasmi pertama oleh Menteri Belia dan Sukan YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin disusuli mesej-mesej bersemangat dari SM Nasarudin Tan Sri SM Nasimuddin, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.  Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Executive Kumpulan/CEO Kumpulan, Naza World Group of Companies. SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif & Pengarah Urusan dan Datuk Samson Anand George Group COO, Group Automotive, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

9

Selain berkhidmat sebagai kenderaan inspirasi dan penarik untuk seluruh negara bersama-sama menyokong atlet KL2017, Naza dan Peugeot juga menawarkan 100 tiket percuma untuk 50 peserta bertuah untuk menyaksikan majlis perasmian Sukan SEA pada 19 Ogos nanti.

6

Penyokong yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada majlis bersejarah ini akan juga berpeluang memenangi tiket-tiket ini apabila mereka muat naik gambar kereta ini dengan mesej dan #PeugeotMalaysia, #DrivingChampions dan #nazacorp di media sosial.

???

Beberapa atlet Malaysia yang hadir pada majlis pelancaran itu juga membuat pledge untuk menyokong rakan-rakan kontigen mereka nanti.

5

Gimnas kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi, pelompat tinggi Nauraj Singh, Paralimpik pingat emas 2016 pelontar discus Ziyad Zolkefli dan pemain hoki negara Joel van Huizen turut meletakan tanda tangan di kereta kini menyeru Malaysia sebagai sebuah negara yang secara kolektif untuk tampil ke hadapan dan BangkitBersama.

4

Berikutan kesudahan Fit Malaysia di Melaka pada 20 Mei, kereta ikrar Peugeot 208 akan melancong ke acara di Perak (8 Julai), Kelantan (15 Julai), Selangor (6 Ogos) dan berakhir di Kuala Lumpur di Bukit Jalil pada 12 ogos.

3

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook Peugeot Malaysia dan Naza Corporation Holdings.

2

1

Previous post

Siap Sedia Untuk Memenemui Crossover Sport Coupe Audi S8

Next post

Rolls-Royce Sweptail - Kereta Termahal Dunia?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *