Lebih Banyak Sebab Untuk Bergaya Dengan Ford Pada Musim Perayaan Ini
Sambutan musim perayaan yang bakal tiba akan lebih “bergaya” pada tahun ini dengan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan-pelanggan Ford baharu.
Bilik-bilik pameran Ford seluruh negara akan memberikan baucar tunai menarik untuk barangan elektrik bernilai sehingga RM15,000 bagi setiap pembelian untuk model-model Ford terpilih. Tawaran tersebut bermula dari sekarang hingga 31 Julai 2017.
Dengan setiap pembelian, para pelanggan juga berpeluang membawa pulang bekas makanan dua tingkat edisi terhad untuk mengekalkan kesegaran makanan perayaan (sementara stok masih ada).
Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menggesa mereka yang sedang mencari kenderaan baharu yang menarik pada musim perayaan ini untuk mengambil kesempatan terhadap tawaran ini.
“Kami menjangkakan pelanggan-pelanggan Ford kami untuk bergaya dengan kenderaan baharu mereka yang mengujakan serta membawa pulang pelbagai hadiah dan cenderahati bagi menjadikan sambutan perayaan akan datang lebih meriah, tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan,” katanya.
Untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan pada musim perayaan ini, singgah sebentar di bilik pameran Ford pada bulan Ramadhan ini, tangkap gambar dan cetak gambar segera anda dan keluarga, dan peribadikan kad Hari Raya anda sendiri! Dan ianya adalah percuma!
Tidak dilupakan kepada pemilik kenderaan Ford sedia ada, semuanya boleh mendapat manfaat. Bermula dari 15 Mei hingga 30 Jun, pelanggan-pelanggan Ford mampu menikmati promosi servis bagi model-model kenderaan Ford terpilih:
- Diskaun alatan ganti sehingga 20 peratus bagi alatan terpilih termasuk pakej bilah pengelap cermin, brek dan ‘timing belt’.
- 10 peratus diskaun buruh untuk pakej pelincir, brek dan ‘timing belt’ dengan ganjaran 27-mata Vehicle Health Check serta hadiah.
- Pelanggan yang memilih Pakej Penjimatan Minyak boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak.
Sekiranya semua yang di atas tidak mencukupi, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 untuk servis dan/atau alat ganti di pusat-pusat servis Ford yang diiktiraf akan mendapat hadiah percuma dan paket Hari Raya sementara stok masih ada.
Walaupun semua hadiah dan cenderahati diberikan di bilik-bilik pameran dan pusat-pusat servis seluruh negara, nantikan “Ford Ranger Roamers” kami yang akan ke jalanan untuk memberikan buah kurma dan paket Hari Raya kepada orang ramai pada bulan Ramadhan nanti!
No Comment