Mazda CX-8 Bakal Dilancarkan di Jepun
Mazda telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan model SUV dengan tiga baris tempat duduk yang dikenali sebagai CX-8. Buat masa ini, model tersebut dikatakan hanya untuk pasaran Jepun, di mana CX-9 yang lebih besar tidak dijual.
Berdasarkan gambar ‘teaser’ yang diberi, CX-8 dilihat mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan susun atur tempat duduk 2-2-3. Garis bumbung yang kelihatan condong di bahagian belakang mengingatkan kepada model CX-4 yang hanya dijual di China.
Walaupun menggunakan platform yang sama dengan CX-9, CX-8 dikatakan lebih kecil dengan ukuran kira-kira panjan 4.9 meter, lebar 1.84 meter dan tinggi 1.73 meter. Ia mempunyai jarak roda yang sama dengan CX-9 iaitu 2.93 meter.
Dari aspek teknikal, CX-8 akan tampil dengan enjin diesel SkyActiv-D 2.2-liter yang menghasilkan 173 hp dan 420 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan, serta pilihan sistem pacuan dua roda atau empat roda.
No Comment