Nissan X-Trail Aero Edition Dilancarkan – Dari RM141,428
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan Nissan X-Trail Aero Edition baharu yang ditawarkan dalam varian 2.0L 2WD pada harga RM141,428 dan varian 2.5L 4WD pada harga RM163,616. SUV itu didatangkan bersama jaminan selama tujuh tahun tanpa had perbatuan, manakala semua aksesori yang dipasang di kilang itu hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.
Direka khas oleh TOMEI Motor Co. daripada Jepun, pakej Aero Edition tersebut merangkumi bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan bampar belakang yang memberikan penampilan lebih garang. Rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci serta tempat duduk yang dihiasi kulit Nappa berwarna perang pula melengkapkan gaya X-Trail Aero Edition.
Sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM sedang mengadakan tawaran menarik ke atas X-Trail Edisi Aero, di mana pelanggan boleh berjimat sehingga RM6,000 atau memilih rebat Hari Raya berjumlah RM4,500 bersama promosi RM1 untuk sistem Multimedia Navigator dengan skrin 8 inci.
Sementara itu, para pemilik X-Trail sedia ada yang berminat untuk menaik taraf SUV mereka dengan pakej Aero Edition boleh menghubungi talian 03-4047 8786 atau menghantar emel ke tomei@tanchonggroup.com.
No Comment