Berita Auto

Perodua Jalin Kerjasama Dengan Grab

Perodua dan Grab Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memberikan perkhidmatan dengan nilai tambahan seperti pakej harga istimewa dan kadar sewa beli yang kompetitif kepada pemandu GrabCar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin dan Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, dan disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Grab, Nick Tan.

“Antara perkara yang termaktub dalam MoU tersebut adalah pakej harga istimewa melalui Bahagian Jualan Korporat dan Kerajaan, masa pendaftaran yang lebih singkat bagi pemandu Grab, serta pusat sehenti bagi servis, alat ganti serta pembaharuan insurans dan cukai jalan,” kata Dato’ Dr. Zahari.

Tambah beliau lagi, pakej harga istimewa yang ditawarkan adalah untuk Bezza, Myvi dan Alza.

“Sebagai peneraju platform perkongsian kenderaan di rantau ini, kami sentiasa memberi tumpuan terhadap bagaimana kami boleh memberikan daya kepada 620 juta penduduk di seluruh Asia Tenggara supaya mereka boleh menikmati pengangkutan yang selamat, efisien dan berpatutan,” kata Sean Goh.

Previous post

Volvo Mula Eksport S90 Dari China Ke Eropah Melalui Kereta Api

Next post

Geely Menyerahkan Jaminan Kewangan Volvo ...... Proton Dan Lotus Bagaimana?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *