Berita Auto

Perodua Myvi Bakal Rekod Pengeluaran Ke Sejuta Unit

Menjadi ikon negara sejak diperkenalkan 12 tahun lalu, Perodua Myvi kini menghampiri pengeluaran yang ke sejuta, menjadikannya kenderaan tempatan yang paling banyak pernah dihasilkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Myvi yang membuat kemunculan pertama pada Mei 2005 terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sehingga penghujung tahun 2014.

“Setakat ini, kami telah mengeluarkan hampir satu juta unit Myvi sejak 2005 dan angka itu akan dicapai pada bulan ini,” ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Tambah beliau lagi, sejak 2006, Myvi telah dijual di tujuh buah negara termasuk Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji serta Nepal di bawah jenama Perodua.

Pasaran eksport terbesar Myvi adalah Indonesia, di mana model yang dijual di bawah nama Daihatsu Sirion itu mencatat angka jualan sebanyak 31,000 unit sejak 2007. Secara keseluruhannya, Perodua telah mengeksport sebanyak 35,400 unit Myvi/Sirion ke negara-negara tersebut sejak 2006.

Menurut Aminar lagi, syarikat itu akan terus menawarkan Myvi di pasaran disebabkan permintaan yang masih kukuh bersama-sama dengan model lain di bawah jenama Perodua iaitu Axia, Bezza dan Alza.

Previous post

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Untuk 500 Pelanggan Perodua

Next post

Suzuki Ada Swift Baharu Dan Kita Melepas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *