Gaya Hidup / Lifestyle

Selamat Tinggal VW Scirocco & Beetle Hardtop

Kami akhirnya mendapat berita bahawa kereta sport VW Sirocco akan diberhentikan buat masa ini …. bermakna dalam beberapa tahun … bermakna ia hanya dapat dipulihkan apabila keadaan pasaran dan permintaan untuk kenderaan specialty seperti Volkswagen Scirocco ini menjadi lebih baik.

Ahli lembaga jenama Volkswagen Arno Antlitz berkata: “Beetle dan Scirocco adalah wakil kelas kenderaan emosi dan menarik , tetapi ia (perancangan produk VW) tidak selalu tentang meneruskan kereta dari satu generasi ke generasi yang akan datang.”

Hanya Beetle hardtop yang akan diberhetikan; lebihan jualan convertible sekarang amat ketara, dan kekal hanya satu-satunya convertible dalam barisan VW berikutan keguguran VW Golf Cabrio tahun lepas.

Beetle adalah salah satu kereta VW yang jualannya paling perlahan di seluruh rangkaian, menjual hanya 25,127 dalam kedua-dua gaya badan seluruh 2016. Scirocco dijual kurang daripada separuh; dengan hanya 10,752 pemilik pada 2016. Gabungan 2016 jualan kedua-dua model ini telah didahului oleh Golf dalam Januari 2017 sahaja.

Toyota Jepun pun serupa 2 dekad yang lalu dengan menghentikan yang Celica & Supra dan mereka lihat bagaimana ia mengubah corak jualan mereka dan kini Toyota mahu menghidupkan semula model-model ikonik ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Perniagaan & Pendapatan Bosch Meningkat

Next post

7 minit 12.7 saat: Lap Time Terbaik Baharu 911 GT3 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *