Berita Auto

Volkswagen Polo Allstar Dilancarkan di Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan ketibaan rangkaian pengubahsuaian Allstar yang ditawarkan khas untuk model Polo, Vento dan Jetta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat itu akan menandakan permulaan rangkaian Allstar dengan pelancaran Polo Allstar pada hujung minggu ini, diikuti dengan Vento Allstar pada hujung bulan ini dan Jetta Allstar pada bulan Jun. Orang ramai yang ingin melihat Polo Allstar dengan lebih dekat boleh mengunjungi mana-mana pusat pengedar sah Volkswagen pada 14 Mei ini.

Polo Allstar Leather Seats edited_01ƒ

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pelancaran rangkaian tersebut selari dengan misi VPCM untuk menawarkan produk Volkswagen bernilai tambah kepada rakyat Malaysia.

Touch Screen_01ƒ

“Rangkaian Allstar yang baru ini merupakan rangkaian edisi khas model-model utama kami. Ia kini tampil lebih segar menerusi naik taraf kosmetik agar kelihatan menarik dan sporty. Rangkaian Allstar juga menjadi siri inisiatif edisi khas yang kami rancang untuk lancarkan pada tahun ini.”

Polo Allstar Aluminium Pedals_01ƒ

Ditawarkan pada harga RM72,888, Polo Allstar didatangkan dengan aksesori eksklusif bernilai RM6,000 yang merangkumi tempat duduk kulit, pedal aluminium, spoiler belakang, kemasan pintu berwarna hitam, plat sisi dan lambang ‘Allstar’, serta karpet. Ia boleh didapati dalam warna Carbon Steel Grey (kelabu), Reflex Silver (perak) dan Candy White (putih).

RearSpoiler_01ƒ

Aspek teknikal Polo dikekalkan dengan enjin 1.6 MPI yang menghasilkan 105 PS dan 153 Nm, dan kotak gear automatik Tiptronic enam kelajuan.

Previous post

Honda Malaysia Buka Tempahan Jazz Sport Hybrid

Next post

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW 5-Series Touring Semua Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *