Volkswagen Tingkatkan Produksi Tiguan di Pekan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa ia telah mempertingkatkan produksi Tiguan serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini bagi memenuhi permintaan pembeli di Malaysia.
Dilancarkan pada April tahun ini, Tiguan ditawarkan dalam dua varian iaitu Comfortline pada harga RM148,990 serta Highline pada harga RM168,990.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Kami gembira untuk mengumumkan bahawa Tiguan Highline diterima baik oleh rakyat Malaysia, dan Comfortline juga mendapat perhatian mereka yang inginkan kualiti dan kejuruteraan Jerman pada harga berpatutan. Kilang kami di Pekan sedang mempertingkatkan produksi bagi menjamin ketersediaan stok, dan kami juga akan melakukan yang terbaik bagi penyerahan yang lancar dan pantas kepada pelanggan baru kami.”
Selain itu, VPCM juga telah memperkenalkan warna baharu bagi Tiguan iaitu Crimson Red. Ia boleh ditempah di mana-mana bilik pameran Volkswagen mulai sekarang.
Tiguan didatangkan dengan jaminan pengilang selama lima tahun serta bantuan tepi jalan juga selama lima tahun. Untuk tempoh yang terhad, syarikat itu juga menawarkan fungsi App Connect secara percuma bagi setiap pembelian Tiguan Highline.
No Comment