XE SV Project 8 – Kereta Jaguar Paling Ekstrem
Tiga tahun lalu, unit Special Vehicle Operations (SVO) Jaguar Land Rover memperkenalkan F-Type Project 7 sebagai kereta ‘Collector’s Edition’ pertama jenama itu. Kali ini, SVO kembali dengan projek terbarunya yang dikenali sebagai XE SV Project 8 yang akan dilancarkan di acara Goodwood Festival of Speed di UK pada 30 Jun ini.
Dibina berasaskan model XE, Project 8 dikatakan sebagai kenderaan paling ekstrem pernah dihasilkan jenama itu. Ia dikuasakan oleh enjin supercaj 5.0-liter V8 yang menghamburkan 592 hp, 23 hp lebih tinggi berbanding Project 7. Kini diuji di litar Nurburgring, Project 8 juga membawa aspek kejuruteraan dan aerodinamik ke tahap lebih tinggi.
Menurut Jaguar, hanya 300 unit XE SV Project 8 akan dihasilkan dengan tangan di kilang Coventry untuk pasaran global. Harga masih belum diumumkan, namun jika dilihat pada kuasanya yang tinggi dan bilangannya yang kecil, sudah tentu ia berlipat kali ganda berbanding versi asal.
No Comment