Audi A8 Baharu Muncul Di Premiere Spider-Man: Homecoming Dengan Selubung Camo
Malam Khamis lepas, Audi A8 yang baharu boleh dilihat di Los Angeles bersama-sama dengan ramai bintang Hollywood di world premiere ‘Spider-Man: Homecoming.’ Tom Holland, yang berlakun sebagai Peter Parker / Spider-Man, telah menaiki dibawa di atas karpet merah di TCL Chinese Theatre diatas kereta ini.
Biasanya, Pasukan Pembangunan Teknikal Audi menyembunyikan prototaip rahsia mereka dengan kerajang pelekat khas dengan corak penyamaran putaran hitam dan putih. Walau bagaimanapun, kali ini Reka bentuk Camo Audi ini ialah kerajang kamuflase baru dengan reka bentuk Spider-Man khusus untuk penampilan di karpet merah di world premiere ‘Spider-Man: Homecoming’.
Reka bentuk swirl tradisional telah diubah suai untuk memasukkan web labah-labah di pintu kenderaan dan dalam bulatan tandatangan Audi.
Audi dijadual menyerahkan A8 baru kepada orang ramai pada 11 Julai 2017 di Sidang Kemuncak Audi di Barcelona. ‘Spider-Man: Homecoming’, yang menampilkan Audi baharu A8, boleh dilihat di pawagam filem di seluruh dunia bulan depan.
No Comment