Biarpun Matahari Sudah Terbenam, Kisah Ramadan di Auto Bavaria MINI Diteruskan.
Siang atau malam, waktu terbaik sepanjang Ramadan tidak
pernah disia-siakan di Auto Bavaria MINI.
Sepanjang hujung minggu ini bermula Jumaat, 2 Jun hingga Ahad, 4 Jun, rangkaian
pengedaran MINI terbesar di Malaysia itu membuka pintunya untuk meningkatkan amal
ibadat di bulan Ramadan.
Mahu menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dan istimewa, MINI Glenmarie
mengadakan majlis ‘Buka Puasa’ dan sesi pandu pandu uji pada sebelah malam Sabtu,
3 Jun bermula jam 7.00pm.
Dalam usaha mengumpul sumbangan untuk Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan
Rahimah (RACTAR), MINI Glenmarie mempamerkan MINI Countryman sebagai tatapan
pengunjung dan mereka boleh menyumbang barang-barang kepada golongan yang
kurang bernasib baik.
Sambil menjalani ibadah puasa, Auto Bavaria MINI turut bersiap-sedia dengan sambutan
Hari Raya apabila membantu pelanggan berpotensi untuk ‘Balik Kampung’ bersama MINI
baharu. Pelanggan berpeluang untuk mendapat ‘Duit Raya’ tambahan dan Samsung
Galaxy S8 secara percuma.
Sebagai tambahan kepada sambutan Hari Raya tidak lama lagi, MINI Countryman
JCW Design Edition ditawarkan pada harga RM205,888* bersama Jaminan Perbatuan
Tanpa Had dan Servis Berjadual Percuma selama lima tahun.
Maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook rasmi di
www.facebook.com/autobavariaMINI/ atau hubungi talian: 1 300 133 338.
No Comment