Berita Auto

ETCM Lancar Kempen Keselamatan Nissan 2017

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Kempen Keselamatan Nissan yang cukup popular untuk mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya menerusi pelbagai aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen tersebut akan dijalankan bersama Karnival Pandu Uji ETCM di seluruh negara. Sesi pertama daripada tujuh siri pandu uji itu akan diadakan pada 10 dan 11 Jun 2017 di lokasi berikut:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
10 – 11 Jun 10am – 8pm Tengah ETCM Petaling Jaya, Selangor
Utara ETCM Butterworth, Pulau Pinang
Selatan ETCM Johor Jaya, Johor Bahru
Sarawak ETCM Kuching, Sarawak
10am – 10pm Sabah IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

Satu sesi ceramah keselamatan yang dikendalikan oleh Kapten K. Balasupramaniam, Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya akan diadakan di ETCM Butterworth, Pulau Pinang. Sesi ini adalah percuma dan penyertaannya adalah berdasarkan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’. Orang ramai yang ingin menyertainya boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantar e-mel ke: crd@tanchonggroup.com.

Tambahan pula, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di setiap karnival, antaranya:

  • Penggantian Inflator Beg Udara Takata: penggantian percuma untuk kenderaan NISSAN yang terlibat
  • Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: tingkatkan kemahiran memarkir anda dengan ciri 360° Intelligent Around View Monitor pada Nissan X-Trail
  • Pengalaman Pandangan yang Terjejas: alami dan fahami bahaya pandangan yang terjejas terutama ketika berada di bawah pengaruh alkohol
  • Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: sesi ini mengetengahkan tentang kepentingan tempat duduk kanak-kanak dan cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan. Bengkel ini hanya akan diadakan di ETCM Petaling Jaya.

?????

Selain itu, ETCM akan memperkenalkan Navara dengan warna luaran baharu iaitu Earth Brown untuk gred V dan VL. Syarikat itu juga melanjutkan promosi Almera 1.5L Automatik dengan bayaran bulanan hanya RM600 sebulan sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group. Rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ke atas model-model terpilih, termasuk tawaran 0% Skim Bayaran Pendahuluan Mudah dan Promosi RM1 turut ditawarkan.

Pelanggan yang mendaftar dan membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi ini layak untuk memenangi perkakasan rumah premium Hitachi bernilai sehingga RM108,888.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan seperti tarikh dan lokasi di bawah:

Tarikh Lokasi
4 – 10 Jun Tesco Kota Bharu, Kelantan
7 – 11 Jun East Coast Mall, Kuantan
8 – 14 Jun Mydin Kuala Terengganu, Terengganu
9 – 11 Jun IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
12 – 18 Jun AEON Bandaraya Melaka, Melaka
15 – 18 Jun Ipoh Parade, Ipoh
26 Jun – 2 Julai Vivacity Megamall, Kuching

????????????

Previous post

Kejar Mengejar Motosikal Brazil Paling Sengit

Next post

Perodua Bezza Tiba Ke Pasaran Sri Lanka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *