Fisker EMotion: Kenderaan Elektrik Tercanggih Dunia
Pengasas Fisker, Henrik Fisker telah mendedahkan kenderaan elektrik terbaru jenama itu iaitu EMotion melalui akaun Twitter miliknya.
Tanpa mendedahkan spesifikasi model tersebut, Fisker menggelarkan EMotion sebagai “kenderaan elektrik tercanggih di dunia” dengan jarak pemanduan melebihi 643 km dan kebolehn untuk dicas sehingga penuh dalam masa hanya 9 minit. Ia juga akan dilengkapi dengan teknologi autonomi.
Dari aspek rekaan, EMotion tampil dengan reka bentuk futuristik yang sudah menjadi ‘trademark’ Fisker. Bahagian hadapan kereta itu menampilkan sepasang lampu ‘mata harimau kumbang dan jeriji yang menempatkan sensor LIDAR. Ia juga mempunyai pintu ‘rama-rama’ dengan cara bukaan yang unik.
Tarikh pelancaran juga tidak didedahkan, namun melalui tanggapan awal yang diberikan ini, EMotion dilihat mempunyai potensi untuk bersaing dengan gergasi kenderaan elektrik iaitu Tesla.
No Comment