Berita Auto

Hyundai Tucson 1.6L Turbo GDI Dilancarkan di Malaysia

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini memperkenalkan varian terbaru bagi Tucson iaitu 1.6L Turbo GDI (T-GDI) yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan harga RM145,588 (atas jalan tanpa insurans), enjin turbo 1.6-liter yang dipadankan dengan kotak gear dwi klac tujuh kelajuan itu menghasilkan 177 PS pada 5,500 rpm dan tork maksimum sebanyak 265 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm. Kotak gear yang dibangunkan oleh Hyundai itu menjanjikan penukaran gear yang cepat serta pecutan lancar.

Berbanding CVT yang terdapat pada pesaing-pesaingnya, transmisi dwi klac mampu mengendalikan jumlah tork yang lebih tinggi tanpa gangguan terhadap penghantaran kuasa.

Selain itu, varian baru ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan seperti lampu LED dengan ‘static bending light’, fungsi Auto Hold yang mengaktifkan brek secara automatik apabila kenderaan berhenti dan ‘tailgate’ kuasa yang boleh dibuka apabila didekati oleh pemandu yang memegang kunci. Tucson 1.6L T-GDI juga menampilkan rim dengan rekaan baru.

Tucson Turbo (1.6L T-GDI) Interior

“Dengan pelancaran1.6L T-GDI dengan lebih varian yang akan datang, kami berharap untuk memperluaskan penawaran SUV kami dan memenuhi keperluan lebih banyak segmen pasaran. Kami akan memperkenalkan lebih banyak varian Tucson pada bulan-bulan mendatang,” kata Lau Yit Mun, Pengarah Urusan HSDM.

Seperti model-model Hyundai lain, Tucson menampilkan ciri-ciri seperti Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB) dengan ciri Automatic Vehicle Hold. Ia juga dilengkapi dengan enam beg udara untuk keselamatan menyeluruh.

Bahagian kabin Tucson pula menampilkan material premium serta rekaan panel instrumen yang luas. Pelanggan yang inginkan kelainan boleh mendapatkan barangan-barangan pilihan dengan kos tambahan seperti pakej kemasan kulit untuk tempat duduk dan pintu (pilihan warna putih atau merah), kit badan serta rim 19 inci.

Tucson Turbo (1.6L T-GDI) Exterior 2

Semua varian Tucson didatangkan dengan pakej servis percuma untuk 50,000 km atau tiga tahun. HSDM juga menawarkan jaminan selama lima tahun atau 300,000 km. Bantuan tepi jalan 24 jam juga disediakan.

 

Previous post

Perodua Bezza Tiba Ke Pasaran Sri Lanka

Next post

Renault Captur Datang Dengan Ciri-Ciri Keselamatan Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *