Berita Auto

Lotus Elise Cup 250 Kini Lebih Ringan

Kecil-kecil cili api adalah ungkapan yang paling sesuai untuk Elise Cup 250, produk Lotus terbaru yang menerima siri penambahbaikan Cup. Mempunyai jiwa yang sama dengan Exige Cup 380, model ini direka untuk beraksi di litar dan juga jalan raya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti model Lotus yang lain, tumpuan diberikan kepada pengurangan berat. Penggunaan bahan-bahan ringan seperti gentian karbon, titanium dan aluminium, berat Elise Cup 250 dapat dikurangkan ke 884 kg (860 kg dengan semua komponen pilihan).

Elise Cup 250 Front

Model ini didatangkan dengan beberapa penambahbaikan visual seperti ‘clam panel’ baru, bukaan radiator lebih besar, gril dengan corak mesh, dan rekaan panel baru dengan dua kluster lampu berbanding empat sebelum ini. Ia memakai rim tempaan ringan yang dibalut tayar Yokohama Advan A048 LTS bersaiz 225/45 ZR17 (belakang) dan 195/50 ZR16 (hadapan).

Elise Cup 250 Interior

Bahagian kabin menampilkan grafik baru pada bahagian panel instrumen dan tempat duduk lumba gentian karbon. Kereta ini boleh dipesan dengan pelbagai barangan pilihan lain termasuk roda stereng Alcantara, pakej kemasan kulit atau ‘tartan’, serta sistem infotainmen baru dengan sambungan iPod dan Bluetooth.

Elise Cup 250 Rear Wing

Elise Cup 250 dikuasakan oleh enjin supercaj 1.8-liter yang menghasilkan 243 hp pada 7,200 rpm dan 250 Nm pada 3,500 hingga 5,500 rpm. Dengan nisbah kuasa-berat sebanyak 283 hp setiap tan, kereta ini mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam masa 3.9 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 247 km/j.

Elise Cup 250 Steering Wheel

Elise Cup 250 dilengkapi dengan suspensi jenis ‘double wishbone’ bersama ‘anti-roll bar’ di bahagian hadapan, spring Eibach serta penyerap hentak berprestasi tinggi Bilstein yang memberikan kereta itu tahap mampatan dan lantunan lebih tinggi. ‘Roll-over bar’ keluli T45 turut disertakan bagi meningkatkan ketegaran struktur.

Elise Cup 250 Rear Hero

Sistem brek pula terdiri daripada angkup AP Racing di hadapan dan Brembo di belakang, serta cakera berukuran 288 mm. Seperti model-model Elise 1.8 lain, Cup 250 mendapat manfaat daripada mod pemanduan (Drive/Sport/Off).

Previous post

Pulang Berhari Raya Dengan Toyota Baru

Next post

Adakah BMW Akan Menghasilkan Sport Crossover Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *