Promosi Triumph Motorcycles Malaysia Sempena Ramadan dan Syawal
Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif Triumph Motorcycles di Malaysia, telah melancarkan promosi jualan bersempena dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilifitri tidak lama lagi.
Promosi selama dua bulan yang berakhir pada 25 Julai 2017 itu menawarkan rebat tunai, kredit kedai (in-store credit) serta barangan percuma bagi 21 jenis model daripada tahun 2015 hingga 2017.
Model moden klasik iaitu Street Twin, T120, Thruxton R, Street Scrambler, T100 dan Street Cup kini ditawarkan dengan rebat tunai bernilai sehingga RM3,000 dan kredit kedai berjumlah RM3,000.
Bagi barisan adventure pula, syarikat itu menawarkan rebat tunai RM5,000 dan kredit kedai bernilai RM500 bagi model Explorer 1200 (XR dan XCX). Seluruh barisan Tiger 800 (XRx dan XCx) juga didatangkan dengan rebat tunai RM2,000 dan kredit kedai RM1,000. Kesemua model didatangkan dengan pannier aluminium secara percuma.
Model Street Triple 2017 (RS dan S) pula ditawarkan dengan kredit kedai bernilai RM500. Sementara itu, Street Triple R kini boleh didapati dengan rebat tunai bernilai RM10,000, menjadikan harga turun kepada RM46,900 (termasuk GST, tanpa pendaftaran).
Pelanggan yang membeli model-model tersebut juga boleh memilih untuk mendapatkan pakej aksesori pada harga hanya RM3,000. Dengan nilai asal berjumlah RM7,000, pakej itu merangkumi ekzos Arrow (RM4,891), penghadang angin (RM1,274.15) dan beg tangki minyak atau ‘tank bag’ (RM947.31).
No Comment