Berita Auto

Tempahan Honda CR-V Baru Dibuka

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa tempahan untuk Honda CR-V generasi ke-5 dibuka mulai hari ini. Ia boleh didapati di 91 pengedar sah Honda di seluruh negara tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Buat pertama kalinya, CR-V akan didatangkan dengan teknologi keselamatan dan bantuan pemandu Honda Sensing. Ia menggunakan kamera monokular yang terletak di bahagian atas cermin hadapan dan radar gelombang milimeter di dalam gril hadapan bagi mendapatkan gambaran jalan raya yang lebih jelas dan lengkap.

Honda Sensing merangkumi tujuh ciri-ciri iaitu:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)

ACC membolehkan pemandu menetapkan kelajuan kenderaan dan mengekalkan jarak antara kereta di hadapan.

  • Low-Speed Follow (LSF)

Diintegrasikan dengan ACC, LSF berupaya menyesuaikan kelajuan mengikut mengikut kelajuan kenderaan di hadapan bagi mengekalkan jarak selamat yang ditetapkan terlebih dahulu. Ia juga boleh membrek sehingga kelajuan 0 km/j dalam trafik.

  • Forward Collision Warning (FCW) – Diintegrasikan dengan CMBS

Ia menggunakan kamera monokular dan radar gelombang milimeter untuk mengesan kehadiran kenderaan di hadapan. Apabila ia mengesan risiko pelanggaran dengan kenderaan di hadapan, sistem ini akan mengeluarkan amaran visual dan audio bagi pemandu.

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)

Ciri ini diaktifkan menggunakan radar dan kamera bagi  mengesan keadaan trafik di hadapan kenderaan. Apabila ia mengesan kemungkinan pelanggaran, sistem ini akan mengaktifkan brek secara sendiri bagi memperlahankan kenderaan sekaligus mengurangkan impak pelanggaran.

rsz_01_all-new_5th_generation_cr-v_opens_for_booking_beginning_1_june_2017

  • Lane Keeping Assist System (LKAS)

Bersama dengan LDW, LKAS menggunakan kamera untuk membaca garisan di atas jalan raya dan akan mengawal stereng bagi mengawal kenderaan supaya kekal di dalam lorong.

  • Road Departure Mitigation (RDM)

RDM beroperasi apabila kenderaan tersasar dari jalan raya pada kelajuan 72 sehingga 180 km/j atau lebih. Stereng akan bergegar untuk memberi amaran kepada pemandu.

  • Lane Departure Warning (LDW)

Sistem ini berfungsi akan mengeluarkan amaran dan getaran pada stereng apabila pemandu cuba menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat.

Selain daripada Honda Sensing, CR-V juga akan menampilkan enjin turbo buat pertama kali. Enjin 1.5-liter VTEC yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology itu menghasilkan 193 PS pada 5,600 rpm dan 243 Nm pada 2,000 hingga 5,000 rpm. Ia dipadankan dengan CVT dengan sistem pacuan roda hadapan (2WD) atau pacuan empat roda (4WD).

Dari segi saiz, CR-V baru lebih besar berbanding sebelum ini dengan ukuran panjang 4,584 mm, lebar 1,855 mm dan tinggi 1,679 mm (2WD) atau 1,689 mm (4WD), dan jarak roda 2,660 mm. Ia mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 198 mm (2WD) atau 208 mm (4WD).

rsz_02_honda_has_reconfigured_the_cargo_space_which_can_now_be_extended_up_to_1084_litres_when_the_rear_seats_are_on_flat_mode

Dari luar hingga ke dalam, CR-V telah diberi rekaan baru yang lebih segar dan berani. Lampu hadapan, belakang dan brek semuanya LED, manakala lampu nyalaan siang berbentuk sayap juga LED. Selain itu, ia juga didatangkan dengan spoiler belakang, rim dua tona serta ekzos berkembar untuk penampilan lebih sporty.

Ruang kargo juga diberi penambahbaikan dan kini mencapai sehingga 1,084 liter dengan tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya. Ciri-ciri lain yang disertakan termasuklah enam beg udara, kamera undur, Vehicle Stability Assist (VSA), Smart Entry, dan butang penghidup enjin. Varian-varian tinggi juga dilengkapi dengan lapan sensor.

Orang ramai yang berminat boleh melihat CR-V baru dengan lebih dekat lagi di siri jelajah seperti yang tertera di bawah:

TARIKH LOKASI   MASA
4 Jun 2017 Gurney Paragon, Pulau Pinang 10:00 am – 10:00 pm
7 – 11 Jun 2017 Mid Valley, Kuala Lumpur 10:00 am – 10:00 pm
11 Jun 2017 Imago Mall, Kota Kinabalu 10:00 am – 10:00 pm
16 – 18 Jun 2017 AEON Tebrau City, Johor Bahru 10:00 am – 10:00 pm
18 June 2017 Plaza Merdeka, Kuching 10:00 am – 10:00 pm

 

Previous post

Honda MSX 125 Dapat Empat Warna Segar, Aksesori H2C

Next post

Biarpun Matahari Sudah Terbenam, Kisah Ramadan di Auto Bavaria MINI Diteruskan.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *