Tesla Mengatasi Porsche & Land Rover Dalam Ranking Nilai Jenama Global
Tesla, yang meningkatkan nilai jenamanya 32% kepada USD5.9 bilion, mengatasi Land Rover dan Porsche untuk melonjak ke No. 8 dalam ranking tahun ini dari No. 10 tahun lepas di kalangan jenama automotif.
Cerita Tesla menarik kerana bukan hanya kereta yang ditawarkan sekarang; ia menggorak langkah ke masa depan. Terdapat persepsi bahawa ia menawarkan pengalaman jenama hebat, walaupun di kalangan bukan pemilik. Satu-satunya jenama lain yang saya lihat mempunyai daya tarikan seperti ini sebelum mereka masuk ke pasaran besar ialah Apple dan Facebook.
Land Rover jatuh ke No. 9 walaupun meningkatkan nilai jenamanya 17% kepada USD5.5 bilion. Jualan Land Rover amat baik sekarang di semua pasaran utamanya kerana selera yang semakin meningkat untuk SUV.
No Comment