Berita Auto

Volkswagen Polo Generasi Ke-6 Lebih Kacak, Lebih Besar dan Lebih Canggih

Akhirnya, Volkswagen Polo telah dilancarkan di Berlin, Jerman. Dengan reka bentuk segar, ruang lebih luas, barisan enjin cekap serta sistem bantuan pemandu canggih, model terbaru ini dijangka meneruskan legasi Polo yang telah mencapai angka jualan sebanyak 14 juta unit di seluruh dunia setakat ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Polo baharu didatangkan dengan rekaan yang lebih sporty dan matang yang saling tak tumpah seperti Golf. Pada masa yang sama, ia juga lebih besar berbanding sebelum ini, sekaligus memberikan lebih ruang buat pemandu dan penumpang. Ruang but juga telah dipertingkatkan dari 280 liter sebelum ini ke 351 liter.

Der neue Volkswagen Polo

Menurut Volkswagen, Polo kini menampilkan sistem bantuan pemandu yang sebelum ini hanya dihadkan kepada model seperti Golf dan Passat, menjadikannya salah satu kereta kompak paling canggih di dunia. Selain daripada varian Trendline, Comfortline dan Highline, Polo juga hadir dalam versi Beats serta GTI dengan 200 PS.

Der neue Volkswagen Polo GTI

Malah, Polo Trendline juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan standard termasuk lampu nyalaan siang LED dengan fungsi ‘coming home’ dan ‘leaving home’, penghad kelajuan, sistem City Emergency Braking, Pedestrian Monitoring dan Front Assist. Harga bagi Polo Trendline di Jerman bermula dari €12,975 (RM62,120).

Der neue Volkswagen Polo

Polo juga boleh dimiliki dengan ciri Adaptive Cruise Control (ACC) yang kini boleh diaktifkan pada kelajuan sehingga 210 km/j. Pilihan-pilihan baru yang turut ditawarkan termasuk Blind Spot Detection dengan Rear Traffic Alert, sistem Park Assist serta Keyless Access yang boleh digunakan untuk mengunci kenderaan dan menghidupkan enjin.

DB2017AU01124_small

Polo menjadi kenderaan pertama Volkswagen yang menampilkan ciri paparan instrumen digital Active Info Display generasi terkini. Ia dipadankan dengan sistem infotainment terbaru yang dipaparkan melalui skrin bersaiz 6.5 hingga 8 inci.

Der neue Volkswagen Polo

Bergantung kepada varian yang dipilih, Polo boleh dimiliki dengan 14 pilihan warna, 11 kemasan tempat duduk berbeza dan 12 jenis rim bersaiz 14 hingga 18 inci. Ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED, sistem penghawa dingin Air Care Climatronic, pengecas wayarles, penyerap hentak boleh laras serta bumbung panoramik.

Der neue Volkswagen Polo beats

Bagi pasaran Eropah, Polo akan dijual dengan beberapa pilihan enjin Euro 6 dengan jumlah kuasa dari 65 PS hingga 150 PS. Buat pertama kalinya, ia juga boleh didapati dengan enjin gas asli 1.0 TGI yang menghasilkan 90 PS. Selain itu, terdapat pilihan empat enjin petrol dan dua enjin diesel, kesemuanya dilengkapi dengan sistem Start/Stop dan brek janaan semula (regenerative braking). Setiap enjin yang mempunyai kuasa melebihi 95 PS boleh dimiliki dengan transmisi dwi klac DSG.

 

 

Previous post

Pulang Berhari Raya dengan Selamat dengan Kawasaki dan Waze

Next post

Subaru AWD Melebihi Jualan Kereta Audi Quattro Buat Kali Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *